Friday, January 1, 2010

Kunjungan Datuk Husam Musa ke P.Pinang sempena Awal Muharram 1431




P.Pinang satu tempat di mana orang Melayu mengalami keterpinggiran yang parah selepas 50 tahun merdeka.Inilah satu negeri yang UMNO tidak mengambil peduli langsung tentang nasib sosio-ekonomi Melayu.UMNO membiarkan saja Melayu terumbang ambing dalam lautan ekonomi komersial yang bergelora tanpa menghulurkan sebarang bantuan. Para pemimpin UMNO pula sibuk mengambil kesempatan mengumpul komisyen dan peluang atas nama Melayu untuk melonjakkan kedudukan sosio- ekonomi mereka.Lahirlah beberapa jutawan Melayu atas tiket politik dengan menggunakan kouta Melayu.Namun masyarakat Melayu secara keseluruhannya terbiar menjadi mangsa. Inilah jua gambaran yang akan berlaku kepada orang Melayu ditempat lain apabila ekonomi bergerak pantas. Nasib Melayu pada keseluruhannya tidak selamat selagi kita percaya kepada dasar -dasar ekonomi UMNO-BN yang pro para korprat politik ( baca para keparat=kapitalis + feudal + ningrat) tetapi anti rakyat.Mengenai ini Datuk Husam Musa telah berkata UMNO tidak mempunyai sebarang locus/ asas/hak untuk bercakap tentang Melayu P.Pinang kerana mereka telah menjadi agen yang mengkhianatinya.Lihatlah sejarah.Sejarah adalah fakta yang terpapar jelas.Bolehkah UMNO menafikannya.Melayu adalah bumiputera dalam perlembagaan. Bumiputera mesti ada habitat iaitu tanah.Di manakah UMNO mempertahankan tanah-tanah Melayu di Pinang.Tidak ada satu kawasan Melayu yang selamat.Tanah kiri kanan masjid pun boleh dibeli oleh sesiapa sahaja. Agensi Melayu saperti UDA yang banyak mendapat tanah percuma atas nama Melayu akhirnya memajukan untuk pasaran terbuka. Inilah nasib Melayu apabila terlalu percaya kepada parti yang membelot hak-hak rakyat dan membolot untuk kroni.Namun dalam PRU 12 Melayu P.Pinang masih menyokong BN secara menggila-gila.Daripada 15 kerusi UMNO mereka masih dapat mengekalkan 11 kerusi. Junsteru PAS mesti turun padang untuk mengambil alih peranan UMNO memajukan sosio ekonomi rakyat dengan banyak-banyak mendampingi NGO dan rakyat. Nasib Melayu -Islam masih boleh diselamatkan. Peluang masih terbuka.Inilah yang ditekankan oleh Datuk Husam Musa bahawa perubahan yang positif pasti berlaku apabila kita berhijrah.Namun umat Islam tidak pernah berhijrah dari segi mind set. Mereka masih percaya kepada tahyul kononnya apa yang sedia ada itulah yang paling baik. Salah satu aspek yang ditekankan kita mesti merancang sebagaimana Rasulullah membuat perancangan menyusuli hijrahnya ke Yathrib. Jika kita gagal merancang kita merancang untuk kegagalan.Kita mesti bersama dengan orang-orang benar sebagaimana nabi bersama dengan Abu Bakar.Nabi menggunakan muslihat untuk menipu orang -orang musyrik supaya tidak adapat menjejaki perjalanan baginda. Perancangan kita mesti bijaksana sehingga musuh gagal memintas. Abu Bakar membeli unta yang paling baik bagi menempuh perjalanan yang jauh. Kita mesti menggunakan segala keupayaan yang terbaik untuk membantu sesama sendiri.Umat Islam P.Pinang tidak merancang apa-apa.Mereka sangat berpuas hati dan menyerahkan nasib kepada keadaan. Mereka tidak kisah dan sensitif dengan keterpinggiran dan menyerahkan nasib sepenuhnya kepada para pemimpin yang berkepentingan dan khianat.Justeru nasib mereka menjadi malang.Bukan saja terpinggir tetapi telah dipinggirkan dengan sengaja sejak dari awal merdeka. Jadi bangkitlah dengan semangat baru keluar daripada kepompong dogma kebodohan kononnya UMNO menjamin ketuanan Melayu. Di mana di P.Pinang Melayu menjadi tuan.Selagi para pemimpin berlagak tuan mereka tidak ada masa untuk melayan rakyat.Contohilah Rasululllah walau pun menjadi kekasih Allah dalam perlakuannya selalu menyatakan Rasulnya dan hambanya.Jadi umat sentiasa terbela!Sifat kefeudalan para pemimpin UMNO sangat tebal.Mereka hanya berpura-pura berjiwa rakyat untuk survival politik.Biasalah untuk menjadi pemimpin politik mesti pandai bermunafik.PAS mesti tulin menjiwai rakyat dan menampakkan perbedaan yang jelas dalam menangani nasib umat sebagaimana yang dicontohi Rasulullah yang sehingga hendak wafat sentiasa menyebut umat-ku,umatku,umatku!Rakyat didahulukan,Pencapaian diutamakan